Akhlak.

Bismillah…

Hari ini, rata2 para prof. dah bertukar menjadi ulama membincang bab hukum hakam dan para ustaz menjadi saintis dan pengulas geo. politik dunia. Habis bertukar profession, mungkin kerana stress akibat PKPB kut?

Sorang kata konspirasi dari Cina, sorang lagi ckp dari Amerika… Sorang lagi ckp dari WHO. *Tak tahu yg mana satu betul?*

Kalau suara tu datang dari kedai kopi, pok tak heranlah sangat…. Puas bersyarah, minta geng belanja kopi secawan. Kenyang perut…. Pi lepak bawah pokok… Naik HAJI pulak atas papan dam.

Tapi ini datang dari para akademik yg bergelar Profesor, al Ustaz, al Hafiz dan bermacam2 gelaran lagi. Mereka punya ribuan pengikut dan ada yg menjadikan nya sebagai contoh.

Pok melihat tiap huraian dengan hati yg terbuka dan berlapang dada, tapi pok tak boleh dimain2kan dengan cerita dongeng dlm perbincangan perkara2 serius. Ia boleh menjatuh imej kita sebagai seseorang yg dianggap berwibawa.

Pok melihat bagaimana Habib Zainal Abidin dlm menjawab permasaalah ini. Beliau amat berhati2 menuturkan perkara2 yg bukan kepakarannya. Bahkan utk menyebut nama negara tersebut di alas dgn sebutan *negara sipolan dan sipolan.* Begitulah ulama berakhlak, cukup beradab dlm bercakap, tak mahu tersasul menjadi silap. Nanti dihadapan Allah akan dipertanggung jawab. Dia tahu, kemudian dia beramal dan dia sebarkan. Kebanyakan yg pandai hanya bertazkirah, menyuruh orang buat sementara dia sendiri tak pernah mengamalnya.

Sebab itulah Iman Malik (guru kpd Iman Syafie) pernah berkata, “Dulu ibuku menyuruhku untuk duduk dlm majlis ilmu dengan *Robi’ah Ibnu Abi ‘Abdirrahman* -seorang fakih di kota Madinah di masanya-. Ibuku berkata,

تعلم من أدبه قبل علمه

“ *Pelajarilah adab darinya sebelum mengambil ilmunya*.”

Mengambil iktibar dari situ, pok secara peribadi memandang ilmu dari sifat akhlak guru yg pok bertalaqi. Kalau akhlaknya buruk, ilmu setinggi langitpun tidak berguna pada pok dlm istilah *tiada keberkatan dari Allah*. Ini jelas dgn sabda Rasulullah SAW :-

أكملُ المؤمنين إيمانًا أحسنُهم خُلقًا

“Kaum Mu’minin yang *paling sempurna imannya* adalah yang paling baik akhlaknya”
( *HR. Tirmidzi no. 1162, takrif :“hasan shahih”*)

Bahkan kehadiran Rasulullah SAW bukan sekadar membawa Syariat spt nabi dan rasul terdahulu tetapi juga membawa sesuatu contoh yg termulia sptmana sabdanya:-

إنَّما بعثتُ لأتمِّمَ مَكارِمَ الأخلاقِ

“Sesungguhnya *aku diutus* untuk *menyempurnakan akhlak mulia*”
( *HR. Al Baihaqi, disahihkan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah, no. 45*).

Bahkan ada larangan dan amaran dari Rasulullah SAW agar berhati2 dlm berbicara khasnya sesuatu yg kita tidak ketahui, sptmana sabda Rasulullah SAW:-

إنَّ أثقَلَ ما وُضِع في ميزانِ المؤمِنِ يومَ القيامةِ خُلُقٌ حسَنٌ وإنَّ اللهَ يُبغِضُ الفاحشَ البذيءَ

“Sesungguhnya perkara yang *lebih berat di timbangan amal* bagi seorang Mu’min adalah *akhlak yang baik*. Dan Allah *tidak menyukai orang yang berbicara keji dan kotor*”
( *HR. At Tirmidzi no. 2002, Takrif: “hasan shahih”*).


Semoga memberi manfaat kepada kita semua.


Wallahua’lam

Advertisement

Doa.

DOA IFTITAH PANJANG

SOALAN :

Saya pernah mendengar seorang yang sembahyang dia telah baca doa iftitah yang panjang dari yang biasa kita selalu baca itu.

Bolehkah ustaz tulis bacaan doa iftitah itu kerana saya hendak baca juga?

JAWAPAN :

Sebenarnya ada beberapa bacaan doa iftitah yang datang daripada Nabi saw yang disebut didalam kitab-kitab hadith yang harus bagi kita membacanya didalam sembahyang.

Mungkin bacaan doa iftitah yang tuan maksudkan itu ialah bacaan yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. beliau berkata :

كَانَ النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – إذَا قَامَ إلَى الصَّلَاةِ قَالَ: وَجَّهْت وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْت وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُك ظَلَمْت نَفْسِي، وَاعْتَرَفْت بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْك وَالشَّرُّ لَيْسَ إلَيْك أَنَا بِك وَإِلَيْك تَبَارَكْت وَتَعَالَيْت أَسَتَغْفِرُك وَأَتُوبُ إلَيْك

Artinya : “Adalah Nabi saw apabila berdiri masuk ke dalam sembahyang baginda membaca :

وَجَّهْت وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْت وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُك ظَلَمْت نَفْسِي، وَاعْتَرَفْت بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْك وَالشَّرُّ لَيْسَ إلَيْك أَنَا بِك وَإِلَيْك تَبَارَكْت وَتَعَالَيْت أَسَتَغْفِرُك وَأَتُوبُ إلَيْك

Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan tujuh lapis langit dan bumi hal keadaanku tunduk dan menyerah dan bukanlah aku dari kalangan orang yang syirik. Sungguhnya sembahyangku dan segala ibadahku dan hidupku dan matiku ialah kerana Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah dari kalangan orang Islam. Ya Allah sungguhnya Engkaulah yang memerintah tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu telah aku zalimi diriku sendiri dan aku mengaku dengan dosaku maka ampunilah bagiku segala dosaku. Tiada yang mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku kepada sebaik-baik akhlak. Tiada yang menunjuk kepada sebaik-baik akhlak melainkan Engkau. Dan palingkanlah daripadaku kesalahanku. Tiada yang memalingkan aku dari segala kesalahan melainkan Engkau. Aku datang kepada-Mu dan terimalah kedatanganku ini dan kebaikkan sekeliannya didalam genggaman-Mu. Dan kejahatan itu tiadalah kepada-Mu. Aku berlindung dengan-Mu dan aku berserah kepada-Mu. Dan maha berkat Engkau dan maha tinggi Engkau. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku kembali kepada-Mu.”

(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad dan Tirmizi)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Pas.

Jom kenali PAS

🤠PAS dari sebuah parti “PAK LEBAI” miskin kini telah lengkap dengan :

🏫Kompleks mereka sendiri

🏢IPTS mereka sendiri

🏫Sekolah Menengah mereka sendiri

🏢Sekolah Rendah mereka sendiri

🕌Pusat Tahfiz mereka sendiri

🕌Pusat asuhan PASTI mereka sendiri

📺TVPAS mereka sendiri

📻Radio HIJAU.FM mereka sendiri

📰Akhbar HARAKAH mereka sendiri

🚨UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas,

💉doktor,
💝jururawat
🚑 ambulans
🚒 kenderaan menyelamat mereka sendiri.

🛵🏍Kelab Permotoran ARC Malaysia yang mempunyai puluhan ribu ahli di seluruh Mamaysia dan AKTIF di seluruh daerah dan negeri-negeri

Sedarkah, PAS adalah organisasi terbesar yang menghimpunkan ribuan ulama dan para asatizah. PAS bukan parti TG Fadhil Noor. PAS bukan parti TG Nik Aziz. PAS bukan parti TG Haji Hadi. PAS bukan hak mutlak seorang ulama. Sebaliknya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didokongi diperkuatkan oleh ribuan alim ulama di seluruh negara.

Majlis Syura Ulama adalah tonggak kekuatannya. Mereka faqih menafsir kitab suci. AJK Pusat tidak kurang ulamanya. Di peringkat negeri, MTD dan cawangan kecil sekalipun PAS tak ketandusan ulama dan asatizah tua dan muda. Mereka terdiri daripada lepasan pondok, universiti dalam negeri dan luar negara. Mereka bersifat mata rantai. Ulama yang telah berusia dan ulama muda bergandingan membimbing rakyat di kampung-kampung dan setiap cawangan sekecil mana pun – sesuatu yang tiada dalam mana-mana organisasi di negara ini.

Ribuan di kalangan mereka merupakan lulusan Syariah, Usuluddin, Feqah, Hadis dan pelbagai disiplin ilmu Islam. Mereka bergerak dalam masyarakat; menjalankan kerja dakwah, memimpin NGO, pondok-pondok dan menjadi tenaga pengajar di jabatan kerajaan, masjid, surau dan menitipkan ilmu melalui corong-corong radio dan saluran tv.

Merekalah yang menjadi imam dan da’i di mana sahaja mereka berada. Mereka ditolak ke depan untuk menjadi imam. Merekalah dijemput dipanggil untuk berdoa dan mengepalai tahlil. Merekalah yang datang menyempurnakan jenazah orang-orang yang pernah mencemuhnya. Seburuk ucapan kafir penentang Islam ditatang, dan sekotor ucapan munafikun diangkat dan didendang. Ulama pewaris Nabi pula dilayan macam petualang.

Apabila hati menjadi gelap. Allah menjelaskan di dalam al-Quran: ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar. Ada akal tetapi tidak berfikir. Malangnya firman-firman ini dipandang sepi. Firman dan sabda tidak lagi dijadikan panduan.

😔Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat dahulu) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS. Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang. Semua perlu berbayar dan perlu ‘duit minum’.

Dan yg terkini PAS selain memiliki lebih 2,000 buah PASTI seluruh negara, DPPM juga telah membuka 102 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) pada tahun 2018 dan Mesyuarat DPPM telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Penaja bagi membuka Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI). In shaa Allah bersama usahakan jaringan pendidikan dari PASTI sehingga ke Universiti!

🤗Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka merekalah yang paling layak memerintah.

😍Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

🤔Jika PAS boleh membangunkan parti mereka dari kosong “From Zero” kepada sehebat kini, rakyat perlu yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam…

Jom makan.

Apa punya kerajaan ini?

Kerajaan PH umum mahu bagi sarapan pagi percuma kepada semua murid-murid sekolah bermula tahun 2020.

PM ke-7 sendiri sahkan ada bajet untuk laksanakan.

Kabinet luluskan sebulat suara.

Masuk tahun 2020, program sarapan hanya dilaksanakan di 100 sekolah – itupun kerana ada pihak swasta yang taja.

Rupanya Menteri Kewayangan tak beri peruntukkan untuk projek yang diumumkan oleh Menteri PH, disahkan ada duit oleh PM ke-7 dan diluluskan oleh kabinet PH?

Tidak puas dengan menipu pengundi pada PRU14, sarapan pagi murid-murid sekolah pun korang mahu main-main?

Janji sarapan pagi untuk murid sekolah boleh dikencing. Ada hati PH nak janji pendidikan percuma?