DOA IFTITAH PANJANG
SOALAN :
Saya pernah mendengar seorang yang sembahyang dia telah baca doa iftitah yang panjang dari yang biasa kita selalu baca itu.
Bolehkah ustaz tulis bacaan doa iftitah itu kerana saya hendak baca juga?
JAWAPAN :
Sebenarnya ada beberapa bacaan doa iftitah yang datang daripada Nabi saw yang disebut didalam kitab-kitab hadith yang harus bagi kita membacanya didalam sembahyang.
Mungkin bacaan doa iftitah yang tuan maksudkan itu ialah bacaan yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. beliau berkata :
كَانَ النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – إذَا قَامَ إلَى الصَّلَاةِ قَالَ: وَجَّهْت وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْت وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُك ظَلَمْت نَفْسِي، وَاعْتَرَفْت بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْك وَالشَّرُّ لَيْسَ إلَيْك أَنَا بِك وَإِلَيْك تَبَارَكْت وَتَعَالَيْت أَسَتَغْفِرُك وَأَتُوبُ إلَيْك
Artinya : “Adalah Nabi saw apabila berdiri masuk ke dalam sembahyang baginda membaca :
وَجَّهْت وَجْهِي لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْت وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُك ظَلَمْت نَفْسِي، وَاعْتَرَفْت بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْك وَالشَّرُّ لَيْسَ إلَيْك أَنَا بِك وَإِلَيْك تَبَارَكْت وَتَعَالَيْت أَسَتَغْفِرُك وَأَتُوبُ إلَيْك
Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan tujuh lapis langit dan bumi hal keadaanku tunduk dan menyerah dan bukanlah aku dari kalangan orang yang syirik. Sungguhnya sembahyangku dan segala ibadahku dan hidupku dan matiku ialah kerana Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah dari kalangan orang Islam. Ya Allah sungguhnya Engkaulah yang memerintah tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu telah aku zalimi diriku sendiri dan aku mengaku dengan dosaku maka ampunilah bagiku segala dosaku. Tiada yang mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku kepada sebaik-baik akhlak. Tiada yang menunjuk kepada sebaik-baik akhlak melainkan Engkau. Dan palingkanlah daripadaku kesalahanku. Tiada yang memalingkan aku dari segala kesalahan melainkan Engkau. Aku datang kepada-Mu dan terimalah kedatanganku ini dan kebaikkan sekeliannya didalam genggaman-Mu. Dan kejahatan itu tiadalah kepada-Mu. Aku berlindung dengan-Mu dan aku berserah kepada-Mu. Dan maha berkat Engkau dan maha tinggi Engkau. Aku memohon ampun dari-Mu dan aku kembali kepada-Mu.”
(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad dan Tirmizi)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
